
Sulit
4 tahun
Testis sebelah kanan keras,bahagian bawah pusat sakit dan belakang punggung sakit.kencing kuning dan najis bebuih
Saya lelaki 22 tahun mengalami sakit testis dan ada ketulan di sebelah kanan testis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ketulan pada testis.
Untuk makluman anda, masalah sebegini biasanya disebabkan oleh:
- Hernia ; keadaan ini dapat mengganggu saluran darah ke testis terutama ketika bersin atau batuk
- Kilasan testis ( testicular torsion )
- Radang testis ( orchitis )
- Jangkitan kelamin atau sexually transmitted infection
- Varicocele
- Ketumbuhan testis
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik sekiranya inginkan kepastian lanjut. Hal ini kerana saya tidak boleh menyimpulkan kondisi sebenar anda tanpa pemeriksaan fizikal. Anda juga disyorkan untuk ke hospital sekiranya mengalami gejala dibawah:
- Sakit pada testis
- Perubahan warna kulit pada testis
- Ketulan yang semakin membesar
- Demam
Hilangkan kegusaran berkenaan penjagaan alat kelamin dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.