
azila2317
6 tahun
Thyroid -sukar menelan/something melekat
Salam,umur saya 23. saya dah dua bulan lebih tekak rasa melekat.mcm ada something dalam tekak ni.nak tido pon susah, susah nk nafas bila tido.tak selesa langsung.nk telan air pon sama.baru ni amik darah and appointment doktor kata darah normal, bengkak dkt leher tak nampak sgt.pernah pergi emergency haritu pon sama doktor kata darah normal,bengkak dkt luar tak nampak. byk kali dah cerita dkt doktor. Kali ni makin teruk rasa, lg² bila minum air. Ultrasound belum buat lagi.tp mmg tak selesa sgt dh sekarang. saya hyper grave disease dh turun pada hypo and dh 5bulan berhenti ubat atas arahan doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat satu keadaan dipanggil retrograde goitre, dimana kalenjar tiroid membesar, tetapi menonjol ke dalam dan bukan keluar. Namun perkara ini tidak dapat dipastikan tanpa pemeriksaan dan ujian ultrasound.
Kemungkinan lain yang boleh menyebabkan gejala anda adalah masalah pada tekak seperti ketumbuhan dan juga penyempitan saluran tersebut.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih