
Sulit
4 tahun
Tiada deria rasa dan bau selepas pulih dari demam
saya seorang wanita yang baru mengalami demam yg panas dan tekak kemerah-merahan, selepas diberi suntikan oleh doktor, alhmdllah selepas 2 hari, saya pulih, tetapi selepas itu, saya mengalami tiada deria rasa, kalau makan tu hanya rasa pedas atau masin or manis shj, tidak seperti selalu… dan deria bau saya pulak hilang… saya memakai perfume pown saya x blh bau seperti sllu, saya baru mengalami ini selama 2 hari, adakah jln peyelesaian saya doktor? saya takot ini sume corona punya pasal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, hilang deria rasa atau bau semasa sedang demam adalah perkara biasa. Tetapi ia juga perlu diberikan perhatian, terutama pada musim pandemik ini kerana hilang deria bau dan rasa juga boleh disebabkan oleh jangkitan virus COVID-19. Berikut merupakan beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami masalah hilang atau kurang deria rasa dan bau:
- Polip atau ketumbuhan di dalam hidung
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyingitis)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga dinasihatkan untuk memantau gejala yang dialami dan sila berjumpa dengan doktor sekiranya ia berlarutan.
Berikut merupakan sedikit informasi tentang jangkitan COVID-19 dan langkah yang perlu dilakukan oleh anda.
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini