atulmimi05
6 tahun
Tiada lunula pada semua jari
Saya puan ct. Adakah saya perlu buat checkup tentang masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketiadaan lunula bukanlah petanda pasti adanya sesuatu penyakit. Pada sebahagian besar orang, ketiadaan lunula adalah perkara normal. Akan tetapi, pada sesetengah orang yang mempunyai masalah kesihatan sistemik, salah satu petandanya adalah lunula akan menghilang. Antara penyakit yang ditandai dengan lunula menghilang adalah:
- anemia (kurang darah)
- malnutirisi
Seandainya anda mempunyai gejala atau masalah kesihatan tambahan seperti sesak nafas, selalu penat dan kurang berat badan, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan darah dan didiagnosis dengan tepat agar diberikan rawatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





































