Sulit
6 tahun
Tiada nafsu bersama suami, hanya sakit yang dirasa
Saya berusia 29 tahun telah berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Sejak beberapa tahun lepas saya telah hilang nafsu ketika melakukan hubungan dengan suami tetapi saya relakan demi menjaga hati suami. Kadang-kadang hanya sakit yang saya rasa. Apa yang perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang komunikasi; anda harus berbincang dengan pasangan tentang kepuasan masing-masing
- psikologi, tertekan dan emosi tidak stabil
- kesan sampingan perancang keluarga pil, suntikan, implan
Sakit tersebut:
- faraj yang kering disebabkan oleh kurang ransangan. Anda boleh menggunakan pelincir untuk mengurangkan sakit tersebut.
Walaubagaimanapun, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Rujuk sebarang ubat-ubatan yang anda ambil bagi mengetahui samada ia boleh menyebabkan masalah anda atau sebaliknya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































