Anonymous
6 tahun
Tiada pendarahan haid pada hari ketiga
Saya wanita berumur 21 tahun, belum berkahwin. Kitaran haid saya kebiasaannya normal dan berlangsung selama 5-6 hari. Pada bulan ini, period sy dtg awal sehari dan pendarahan berlangsung juga cuma 2 hari. Pada hari ketiga, tiada pendarahan. Kenapa begini ya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala kitaran haid yang sedikit yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur
- .Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS (polycystic ovarian syndrome)
Namun, dalam kes anda, kemungkinan besar ianya adalah variasi normal kitaran haid anda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























