
Sulit
3 tahun
Tiada sebarang simtom
saya tiada sebarang simtom covid19 doc tapi sy ada menyentuh barang2 pesakit positif covid19 tahap 1

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui kenyataan anda di atas, kami memahami kerisauan mengenai diri anda yang telah menyentuh barang-barang positif COVID-19, Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Memandangkan anda telah menyentuh barang-barang pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 yang tidak disanitasi, kami nasihatkan anda untuk menyekat pergerakan ataupun aktiviti anda diluar bagi tujuan langkah keselamatan dan berjaga-jaga. Terutamanya, jika anda mengalami simptom COVID-19, anda perlu mengasingkan diri dan berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau dan rasa
Selain itu anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Oleh itu kami sarankan anda untuk melakukan (swab test) saringan kesihatan dengan mengklik pautan ini ujian saringan COVID-19. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini