
Sulit
4 tahun
Tiada selera makan bagi pesakit Kecing manis
Hai doktor. Mak saya pesakit kencing manis. sudah 2-3 bln mak sy tiada selera makan. Soalan sy, makanan yg sesuai utk meningkatkan selera makan bg psakit kencing manis? Utk pengetahuan doc, Mak sy ambil insulin pagi dan malam. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan ibu anda. Untuk makluman anda, kehilangan selera makan boleh disebabkan oleh pelbagai jenis punca termasuk tekanan emosi dan kemurungan ataupun masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis, dan masalah tiroid.
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan selera makan bagi pesakit kencing manis, antaranya ialah:
- Memberi sokongan dengan penuh kasih sayang dan mengambil berat
- sediakan makan kegemaran dan jika berpeluang senaraikan beberapa makanan untuk memberi peluang untukmemilih makan yang dikehendaki.
- Hidangkan makanan dalam hidangan yang kecil.
- Cuba menyediakan kepelbagaian resepi setiap hari . Keadaan ini secara tidak langsung akan memeberi peluang kepadanya untuk menikmati menu yang berbeza serta menambahkan selera.
- Jika terdapat masalah mengunyah makanan, cuba untuk menyediakan makanan mengikut kesesuaian supaya ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka seperti, menyediakan makanan dalam potongan yang kecil
- Memastikan jumlah air yang diminum adalah mencukupi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih