
Sulit
4 tahun
Tiada selera makan dan tidak rasa lapar
saya berumur 36thn belum berkahwin…saya agak mengalami tekanan kebelakangan ini dan saya tiada selera untuk makan…tekak seperti tidak dpt merasa makanan yg ditelan…langsung tiada rasa lapar tapi perut berbunyi minta makanan utk diproses…apa ubat yang saya harus ambil?saya sgt khuatir kerana saya mempunyai gastrik…mohon bantu saya doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah tidak lapar dan tiada selera makan yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Penyakit hipotiroid
- Gejala awal penyakit kemurungan
- Masalah hempedu atau pankreas
- Kesan ubat-ubatan/jamu/suplemen
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.