
Sulit
4 tahun
Tiada selera makan, Tidur terngangu disebabkan banyak berpikir, sakit dibahagian belakang kanan apabila mengengam @ angkat benda berat menggunakan tangan sebelah kanan
Saya wanita berumur 24tahun kebelankangan ini mengalami selera makan yang agak kurang dengan drastik. Tidur terasa terngangu mesti bangun lebih dari 2/3 kali sehari…tidur kurang dari 6jam sehari otak sentiasa ligat berpikir setiap masa sampaikan kerap pening kepala. Lagi satu paling baru apabila saya mengengam @ angkat benda berat mengunakan tangan sebelah kanan mesti akan effect sakit dibahagian belakang belah kanan badan…sakit teramat kadang xtertahan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Persekitaran yang kurang ceria
- Masalah perhubungan dengan orang sekeliling
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Namun begitu, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Berkenaan sakit otot yang dialami, ia boleh berpunca daripada:
- Kecederaan otot
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Spondylosis
- Spondylolistheis
- Masalah saraf
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.