
ismaliyana_91
5 tahun
Tiada simptom Gonorrhea pada bayi selepas bersalin
Suami saya di diagnos gonorrhea jadi doktor bagi sy sekali injection and pill makan. Anak saya baru 4 bulan. Sy tak tahu bila suami sy dijangkiti, jika sebelum saya bersalin dah ada gonorrhea mmg boleh pass pada baby masa lahir kan. Tapi anak saya tiada pula simptom eye infection ke apa. Lupa nak tanya doktor adakah anak saya ada gonorrhea atau tidak. Kalau ada, adakah memang boleh tiada tanda muncul pada anak? Saya dan suami dah ambil rawatan gonorrhea, bagaimana dengan anak? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda boleh hubungi doktor yang uruskan kelahiran anak anda. Mereka pastinya lebih tahu dan boleh menyemak rekod semula. Anda juga boleh membawa anak anda untuk pemeriksaan dan ujian selanjutnya untukkepastian jika rekod tidak memeberikan maklumat yang lengkap mengenai status anak anda.