
Sulit
4 tahun
Tiada symptom setakat ini
Hi doctor! Saya belum bersedia untuk pregnant. Pada hari ke-8 habis haid, ketika bersetubuh bersama suami, suami mengadu kering. Dan saya lupa untuk mengambil pil perancang ketika bersetubuh bersama suami saya, adakah berkemungkinan besar untuk saya pregnant? Patutkah saya mengambil pil postinor untuk elak pregnant?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya pada sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal. Postinor berfungsi mengelakkan kehamilan dengan melambatkan pengeluaran ovum, maka sekiranya anda belum datang tempoh subur, maka boleh dikatakan ovum anda akan keluar lebih lambat. Sebetulnya sukar untuk ditentukan apakah sebenarnya yang berlaku tanpa pemeriksaan dan maklumat lanjut. Secara umum, memandangkan anda telah mengambil Postinor sesuai instruksi, boleh dikatakan risiko kehamilan dicegah sebanyak hampir 95%.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Disamping itu, efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Seandainya masih ragu dengan status kehamilan, sebaiknya puan melakukan pemeriksaan kehamilan sederhana menggunakan urine pregnancy test (UPT)
Oleh itu, salah satu cadangan jika telah mengamalkan hubungan seks tanpa perlindungan adalah untuk menggunakan kontraseptif kecemasan untuk mencegah kehamilan.
Kontraseptif kecemasan yang dicadangkan ialah:
1.Levonorgestrel- Ia bertindak menghalang ovulasi dan perlu diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
2.Ulipristal acetate- Ia bertindak mencegah atau menundakan ovulasi dan perlu diambil dalam jangka masa 120 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
3.Alat kontraseptif intra-rahim (IUCD)- Ia mengandungi tembaga yang membantu menghentikan telur daripada ditanam di rahim. Ia perlu dimasukkan dalam jangka masa lima hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan. IUCD adalah kontraseptif kecemasan yang paling berkesan dan paling sesuai bagi pengguna yang terlambat mengambil levonogestrel dan tidak mahu mengambil hormon.
Bagi ketiga-tiga kaedah, mereka lebih berkesan jika digunakan secepat mungkin. Oleh sebab risiko kecil kehamilan masih boleh berlaku, pengguna kontraseptif kecemasan dinasihatkan untuk berunding dengan doktor bagi tujuan pemantauan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.