Sulit
4 tahun
Tiada tanda haid Dan tiada tanda mengandung
Tarikh haid saya telah berlalu tiga Hari yang lalu pada bulan in Dan sampaila Hari ini says belum datang haid lagi adakah in tanda says mengandung tapi saya tidal merasakan apa_apa tanda awal mengandung Dan tiada tanda until haid…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda disarankan untuk menjalankan ujian kehamilan sekurang- kurangnya seminggu atau 2 minggu selepas lewat haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.