
Sulit
4 tahun
Tiba² demam panas secara mengejut
Anak saya berumur 1tahun 7bulan tiba² demam panas secara mengejut pada semalam petang . sehari sebelum kejadian , dia bermain gelak ketawa dgn saya tiba² petang tu badan dia panas and tadi pagi masa nak bagi minum air 1badan dia mengigil ketar² … boleh saya tau apa puncanya ? kesian tak lalu makan&minum dari semalam ptg start demam …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana keluhan demam adalah bersifat subjektif selagi anda tidak memeriksakan diri dengan termometer dan menyatakan suhu tubuh anda.
Namun, demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- demam denggi
- demam disebabkn oleh jangkitan virus
- penyakit tuberkulosis
- kencing tikus
Disebabkan wabak COVID-19 kian menular, anak anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan berkenaan dengan wabak ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Keterangan ini ialah jawapan secara am.