Sulit
4 tahun
Tidak basuh kencing bagi kaum lelaki
Doktor saya ingin bertanya,bolehkah jika kaum lelaki tidak membasuh
zakar selepas mereka kencing dan sebenarnya bahagian zakar yang mana sahaja perlu dibasuh selepas sesesorang lelaki itu kencing
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sebaiknya selepas kencing anda hendaklah membasuh kemaluan anda dengan menggunakan air. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kemaluan anda terkena infeksi atau jangkitan kuman. Setelah kencing, anda sebaiknya membasuh seluruh permukaan kemaluan anda yang terdedah dengan air kencing anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
































