
Sulit
4 tahun
Tidak bermaya dan sakit dada
saya mengalami hesrt attck baru bsru ni sesak nafasas dan sakit tulang belakang,mudah berpeluh di tengah malam,sakit kepala,sendi sakit,lesu,badan susut apakah yang mungkin saya hadapi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid (Hormon tiroid berlebihan)
- Tekanan darah tinggi
- Jangkitan pada paru-paru
- Penyakit jantung seperti masalah injap, kelemahan jantung atau angina
- Trauma pada tulang rusuk
Oleh kerana anda ada sejarah serangan jamtung, hal ini boleh mengakibatkan masalah kegagalan jantung namun ki tidak boleh untuk mengesahkan perkara ini sepenuhnya kerana anda perlu untuk mendapatkan kepastian daripada doktor melalui pemeriksaan fizikal.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih