Anonymous
6 tahun
Tidak bernafas ketika hendak tidur
Salan Sejahtera, Saya berusia awal 20an,
masa hendak mula tidur, saya rasa tidak bernafas lalu terjaga dengan sendiri. kadang-kadang rasa sesak nafas apabila baring, dan saya perasan masalah ini hanya berlaku pada waktu malam.
perkara ini tidak selalunya berlaku.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, masalah berhenti bernafas secara tiba-tiba ketika tidur dipanggil sleep apnea. Masalah ini biasanya boleh disebabkan oleh:
- Obesiti
- Masalah tonsil
- Acromegaly
- Masalah kekurangan hormon tiroid
- Merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Biasannya masalah sleep apnea didiagnose dengan sejenis ujian yang dinamakan sleep study. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.




































