
Sulit
3 tahun
Tidak bersedia untuk mengandung lagi
Saya wanita berumur 37 tahun. Saya mempunyai anak berumur 1 tahun 2 bulan yang aktif. Suami saya mempunyai anak berumur 7 tahun dengan bekas isteri yang menjadi fokus utama suami saya. Pada usia saya sekarang, saya terpaksa uruskan semua hal rumahtangga termasuk bekerja. Saya tidak mempunyai masa untuk rehat sebaik mungkin. Tetapi saya juga masih menyusukan anak sehingga hari ini. Jadi haid saya telah terhenti sejak tahun 2020 bulan september. Sekarang saya risau saya termengandung sbb pada bulan puasa lepas, masa untuk ambilan pil perancang tidak teratur. Saya tak mampu nk hadapi hidup dengan urusan rumahtangga & kerja saya bersama kandungan baru. Saya juga mengalami masalah kemurungan sbb terpaksa hadapi semua ini seorg diri dan terlalu risaukan anak saya yg tidak dpt layanan yg septtnya dr ayah dia. Kalau boleh, saya tak nak mengandung lagi untuk anak saya yg sgt saya syg. Tolong bantu saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah tidak datang haid, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Aktiviti harian yang terlalu sibuk dan aktif
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang tidak datang haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Punca haid yang tidak datang seperti yang anda nyatakan perlu diketahui dan ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Kami juga sarankan anda untuk berjumpa dengan kaunselor atau doktor pakar psikiatri untuk membantu anda dalam menangani tekanan dan kemurungan yang dialami oleh anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.