sitinurhidayah91
3 tahun
Tidak boleh ambil obimin dan maltofer semasa mengandung
Sekiranya saya ambil obimin atau maltofer…saya akan muntah
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu muntah jika mengambil obimin atau maltofer. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, obimin atau maltofer adalah salah satu suplemen penting yang perlu diambil oleh ibu hamil bagi mengelakkan masalah kekurangan darah merah. Suplemen ini mengandungi zat besi bagi membantu penghasilan sel darah merah ketika hamil. Pengambilan suplemen ini adalah penting kerana ketika hamil, nutrient dalam tubuh ibu turut disalurkan kepada bayi, jadi pengambilan lebih banyak makanan berzat dan berkhasiat adalah amat diperlukan. Sekiranya anda sukar mengambil pil yg disarankan seperti obimin dan maltofer, anda boleh dapatkan suplemen zat besi lain di farmasi.
Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.