
blitzcounter
5 tahun
Tidak boleh berjalan disebabkan otot terlalu lama berehat
Mak mentua saya, kaki patah tahun lepas, januari 2019. Dalam lepas 3 bulan, mak mentua saya tidak boleh nak berdiri, sebab katanya sakit pada kaki. Disebabkan selalu terbaring, kaki dia mula nampak kurus dan keras pada otot nya. Hari ni ada buat fisio, then doktor maklum otot nampak keras, takut tidak boleh sembuh lagi. Adakah benar ? Selama ini jika nak mandi, angkat naik kerusi roda, bawa ke bilik air. Dia tiada jalan2, sebab katanya sakit. Boleh ototnya sembuh kembali ? untuk makluman, sebelum kaki patah, mak mentua jenis yang aktif.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, otot yang lama tidak digunakan akan menyebabkan otot mengecil dan akhirnya menganggu fungsi normal. Masalah ini dikenali sebagai muscle atrophy dan ia boleh untuk dirawat dengan cara:
- Menjalani fisioterapi ataupun senaman ringan
- Rawatan ultrasound
- Pembedahan dan ini bergantung kepada keadaan kaki seseorang
- Diet dan pemakanan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.