Sulit
2 tahun
Tidak boleh hidu bau dr jauh
sy wanita berumur 30 tahun dan pesakit dialisis…sy hilang deeia bau…klau sy bau dekat2 baru bau…deria rasa sy msik rasa manis masin pahit…sy x batuk…x sakit tekak dan demam…sy juga tidak kluar ke mana2 dan berhubung dgn pesakit covid…apakah sebb sy tidak bau ni kerana mlm2 hidung sy tersumbat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu hilang deria bau. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca kehilangan deria bau, antaranya:
- Alahan hidung
- Polip hidung
- Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
- kecederaan pada hidung- patah tulang
- ketumbuhan pada hidung/otak
- Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum membuat sebarang kesimpulan. Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor umum atau doktor pakar di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.