
Sulit
3 tahun
Tidak buang air besar
Anak saya usia 3bulan.tapi dah berapa hari tak buang air besar…adakah itu normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap anak anda yang tidak membuang air besar sejak beberapa hari yang lalu. Jangan bimbang kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kekerapan membuang najis bagi setiap bayi atau individu adalah berbeza dan ini bergantung dengan beberapa faktor seperti:
- Umur
- Pemakanan
- Pergerakan usus
Secara purata, bayi akan membuang najis 1 hingga 2 kali sehari dan juga boleh membuang najis selang 2 atau 3 hari sekali . Mengenai masalah yang dialami oleh anak anda, kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dibuat .
Berikut merupakan antara punca lazim mengapa anak anda tidak membuang najis:
- Dehidrasi
- Jangkitan usus
- Pergerakan usus yang perlahan
Kami juga sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan juga supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.