
Sulit
5 tahun
Tidak dapat tidur malam, sakit2 di tekuk & belakang
Saya wanita berusia 30tahun. Baru melahirkan anak pertama & bayi sekarang ini berumur 2bulan 27hari. Bayi saya breastfeeding. Dalam sebulan yg lalu, sy sering kali tak dapat tidur malam walaupun badan sangat letih. Sering sakit kepala. Saya juga mengalami sakit tekuk & belakang yg berpanjangan. Sepanjang tempoh berpantang hingga sekarang, kencing tak lawas sering berlaku. Saya sudah 3kali menjalani rawatan termasuk warded 4hari di hospital. Sehingga hari ini, bila kencing, masih rasa sakit selepas kencing. Mintak bantuan doktor dalam permasalahan saya. Terima kasih

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kencing tidak lawas dan pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.