abu
5 tahun
TIdak datang baligh
Hi doc…says remaja 14 tahun lelaki…saya hairan kenapa saya tiidak dapat mengeluarkan mani sedangkan saya tidal datang baligh lagi…saya tidak dapat mengeluarkan mani…saya pun Hairan…adakah say berpotensi untuk mati puckish?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
kebiasaannya lelaki akan mula akil baligh antara 9 ke 16 tahun dan petanda akil baligh termasuklah
- ketinggian dan tumbesaran bertambah mendadak
- suara menjadi gurau
- tumbuh bulu badan di kawawsan ketiak, kaki dan ari-ari
Oleh itu, tidak mengeluarkan mani bukan satu-satunya petanda baligh. Mati pucuk pula adalah istilah yang digunakan apabila seseorang lelaki tidak mampu menegangkan dan mengeraskan zakarnya walaupun dengan rangsangan seksual.
Pada umur 14 tahun, anda tidak perlu risau berlebihan berkenaan hal ini namun sekiranya anda masih musykil, maklumat lanjut tentang anda adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

































