
Anonymous
6 tahun
Tidak datang bulan 24 hari
Saya sudah 24 hari tidak datang bulan. Cek upt negative sahaja. Pergi scan pon tidak jumpa apa-apa. Tapi pinggang saya sakit dan lenguh2 sampai susah nak tidur. Dan asyik ke tandas kerana terkencing. Saya pernah keguguran dulu, saya ada symptom yang sama macam pregnant yang lepas. Perlu ker saya buat ujian darah. Tapi saya rasa badan saya macam pregnant.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan terdapat beberapa punca haid lewat atau tidak datang haid. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah hormon
- Masalah tiroid dan pituitari
- Masalah struktur ovari, rahim atau cerviks
Selain itu keputusan ujian upt boleh negatif tetapi hamil disebabkan perkara seperti:
- Alat ujian kehamilan yang rosak
- Usia kandungan masih awal
- Kehamilan di luar rahim
- Kehamilan kembar (kandungan hormon terlalu tinggi)
Sekiranya anda mengesyaki anda hamil, anda boleh melakukan ujian darah untuk mengesan kehamilan. Jika anda sah tidak hamil, anda perlu mendapatkan nasihat lanjut untuk mengetahui punca haid lewat anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan rundingan lanjut. Terima kasih.