
Sulit
4 tahun
Tidak datang bulan selama (nak masuk) 4 bulan
Saya wanita berumur 30 tahun ingin bertanya adakah cara-cara atau ubat-ubatan yang boleh saya consume untuk mempercepatkan datang bulan? kali terakhir saya datang bulan adalah pada December 2020.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat. Untuk makluman anda, selain daripada haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Selain itu, maklumat lanjut mengenai kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih mendalam untuk mengenal pasti punca masalah haid lewat yang dialami oleh anda. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.