zhrh.abdllh
6 tahun
Tidak datang bulan setahun
Sy seorang wanita berumur 25tahun dan sudah berkahwin… dec 2017 sy telah selamat melahirkan… awal hingga akhir kandungan semuanya baik baik sahaja… selepas bersalin sy ada mengambil perancang (depo) … awal nya ok sahaja dtg bulan… tapi selang beberapa bulan period sy mula tak berhenti hingga sebulan… jd sy atas nasihat doctor sy ambil ubat henti darah… selepas ambil ubat jun 2018 terus sy tak dtg bulan sehingga ke hari ini sept 2019… sy sudah pun berhenti ambil perancang setahun lepas (sept 2018)
Saya masih tidak dtg bulan hingga ke hari ini…
Adakah bahaya utk sy dan peluang utk hamil lagi nipis??
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid tidak kembali ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya haid tidak datang, peluang untuk hamil juga tipis kerana rahim tidak bersedia untuk menerima kandungan dan tiada ovulasi yang berlaku. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























