
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid 1 minggu
saya lambat datang haid 1 minggu sudah , saya ada bersama suami melakukan hubungan secara oral sahaja , adakah ini tanda hamil kerana lambat datang haid ? keputihan saya bewarna putih sangat banyak , selalu cramp dibahagian rahim , jerawat semakin naik … jika saya makan pil yasmin sekarang , adakah akan membantu datangkan haid ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu atau berhenti.
- Kehamilan
- Tekanan emosi
- Kehilangan berat badan
- Terlampau banyak bersenam
- Menggunakan pil kontraseptif atau pil perancang
- Menopaus
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
Haid boleh juga lewat sebagai kesan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes yang tidak terkawal, masalah kelenjar tiroid dan menopaus yang terlalu awal.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Penggunaan pil perancang Yasmin adalah bertujuan samada untuk mencegah kehamilan ataupun mengawal kitaran haid supaya lebih teratur. Untuk penggunaan agar kitaran haid teratur, ianya selalunya disyorkan oleh doktor untuk beberapa kitaran haid sahaja. Namun jika setelah mempunyai kitaran haid yang teratur dan masih tidak mampu untuk hamil, anda dan suami anda perlu merujuk dengan lebih lanjut agar puncanya boleh disiasat. Kesan umum pil perancang ini adalah seperti sakit kepala dan naik sedikit berat badan.
Kami juga memahami kebimbangan anda untuk tidak mengandung lagi berikutan faktor usia dan kesihatan tetapi kami syorkan anda untuk berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan pemeriksaan kehamilan dan tindakan yang lebih tepat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!