
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid 2 bulan selepas berhenti suntik perancang dan saya dan suami pernah bersama
Saya seorang ibu yg berumur 24 tahun…saya merancang dengan suntikkan depo selepas suntikkan kali pertama darah banyak keluar selepas beberapa bulan saya jdi kerap sakit kepala selepas check doktor kate saya perlu tukar cara merancang mungkin tak sesuai untuk saya tetapi saya terus tidak ambil suntik lagi ataupun makan pil jadi saya merancang sendiri…dan skrang 2 bulan tidak datang haid

3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak datang. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Hormon yang masih stabil akibat perancangan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!