
nanadssssss
4 tahun
Tidak datang haid 45 hari
Saya berumur 24 tahun. Dah 45 hari tak datang haid. Tak pernah alami sebigini sebelum ini. Apa yg perlu saya buat ? Adakah vitamin evening primrose boleh membantu masalah saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tidak datang haid. Untuk makluman anda, masalah tidak datang haid boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berkenaan dengan pengambilan vitamin evening primrose yang anda nyatakan, kajian terdahulu mendapati vitamin ini boleh mengurangkan Sindrom Premenstruasi tetapi pada kajian lain, faedahnya masih belum ditemukan. Sebelum anda mendapatkan apa-apa rawatan dan pengambilan ubat, adalah sebaiknya anda merujuk secara langsung dengan doktor. Hal-hal seperti kondisi kesihatan anda perlu diketahui sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan atau supplemen.
Anda masih risau tentang haid tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih