Sulit
5 tahun
Tidak datang haid berbulan
Saya remaja 17 tahun perempuan.saya ingin bertanya punca haid saya tidak datang dah 2 bulan.sebelum ni saya jugak pernah tidak datang beberapa bulan selepas itu dia datang kembali tapi setelah beberapa bulan datang haid.haid saya tidak datang kembali.saya juga mengalami masalah keguguran rambut.saya ingin mengetahui punca dan sebab saya tidak datang haid
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai masalah haid lewat yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor selain dari kehamilan seperti:
- umur (lebih-lebih usia muda boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























