
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid dan mengambil postinor2
Saya mengambil postinor2 tapi menyusu anak.adakah ad sampingan kerana ank Saya Hanya minum susu badan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, hormon sintetik yang terkandung pada pil perancang postinor iaitu Levonorgestrel boleh mempengaruhi penyusuan bayi anda kerana ia boleh dikumuhkan melalui susu payudara. Oleh itu, susu anda akan mengandungi hormon pil tersebut, dan ia boleh memberi kesan yang minima terhadap bayi anda ketika menyusu.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Secara umumnya, penggunaan pil perancang Postinor 2 adalah dibenarkan dan serasi dengan waktu penyusuan. Namun, ia tidak dicadangkan untuk diambil ketika penyusuan bayi, malah juga tidak dicadangkan untuk mengguna sebagai perancangan kehamilan secara rutin. Pil perancang Postinor merupakan sejenis pil perancang kecemasan dan sebaiknya hanya digunakan pada waktu-waktu kecemasan untuk mendapatkan kesan kontraseptif yang diinginkan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.