
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid dan perut kembung
saya berusia 17 tahun. saya tidak datang haid sudah hampir 2 bulan. setiap pagi, selepas bangun dari tidur perut saya tidak selesa dan kerap muntah kuning pada waktu pagi ketika perut kosong. perut saya juga mudah kembung selepas makan. walaupun hanya makan dalam kuantiti sedikit. saya tidak pernah menjalani apa-apa operasi tapi saya mengalami tekanan darah rendah dan diberi zinkcofac atas arahan doktor. adakah ia disebabkan tekanan darah rendah haid saya tidak datang sehingga kini atau hal lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista, fibroid dan lain
Tekanan darah rendah jarang mempengaruhi haid, untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.