
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid hampir sebulan lebih
Saya wanita berumur 19 tahun, saya tidak datang haid hampir sebulan lebih dan berat saya turun (50kg - 46kg) dan selera makan kurang. Kali ini merupakan kali pertama saya tidak datang haid selepas beberapa tahun yang lepas saya telah menstabilkan hormon saya semula pada umur 15 tahun dengan makan ubat yang diberikan oleh doktor. Saya mengalami sakit perut yang teruk, kerap tidur pd waktu petang, malam berjaga kerana kesakitan. Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor di klinik atau direct dengan Pakar Puan? Dan adakah ini merupakan masalah kesihatan yang ringan atau berat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi