roziana0294
6 tahun
Tidak datang haid lewat 5hari
Saya wanita 20an, saya makan pil perancang bulan lps pnye, last mkn hari rabu(13/11),sepatut nya saya akan dtg haid pada(15/11) tapi sampi sekarang saya masih belom dtg haid lg,bila saya cek prgnat test,menandakan tidak hamil…slpas sy melahirkan bila saya melakukan hubngan bersama suami, suami xpnh’buang sperma ke dlm’…skrg sy lewat dtg haid, adakah sy prgnant? Atau ubat yg saya mkn xsesuai?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, kemungkinan untuk anda hamil adalah sangat tipis memandangkan suami anda tidak pernah membuang sperma ke dalam dan anda telahpun menjalankan ujian upt yang menunjukkan keputusan negatif.
Mengenai punca haid lewat, ia boleh disebabkan oleh perkara lain selain kehamilan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
























