
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid melebihi 3 bln
Saya tidak datang haid melebihi 3 bln… Perkara ini sering berlaku… Ini bukan pertama kali… Setiap kali saya berjumpa dgn doctor… Mereka memberitahu bahawa saya hanya perlu mengurangkan berat badan… Adakah dgn tidak dtg haid… Hanya disebabkan kegemukan… Atau mempunyai penyakit lain?.. Kalau disebabkan kegemukan… Org lain yg gemuk okay je kitaran haid mereka… Kenapa saya lain? Dan apabila saya dtg haid… Jrg sekali saya akan mengurangkan darah yg normal… Selalunya hanya haid yg sedikit dan berwarna coklat tua… Adakah itu bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur dan berpanjang boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Kegemukan (BMI melebihi 25)
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista, PCOS dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Kegemukan boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur atau berpanjang atau haid tidak datang sebab sel-sel minyak dalam tubuh berupaya menjejaskan keseimbangan hormon dan metabolisme badan. Hormon manusia adalah amat sensitif, boleh dipengaruhi sekiranya fungsi metabolisme tubuh terjejas.
Selain itu, haid berwarna coklat adalah tanda darah tua, tidak semestinya bahaya. Sekiranya anda tidak mengalami gejala demam, sakit perut bahagian bawah atau kemaluan, sakit semasa buang air kecil, keluar keputihan berbau pelik, pening dan kelesuan, haid warna coklat adalah normal.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.