
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid melebihi 3 kali walaupun tidak hamil
Saya wanita berumur 17 tahun tidak datang haid selama 5 bulan walaupun tidak hamil

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid yang tidak datang.
Untuk makluman anda, haid yang lewat atau tidak datang adalah hanya satu tanda awal mengandung. Namun begitu terdapat banyak lagi sebab lain yang boleh menjadikan masalah ini berlaku, antaranya:
- Tekanan emosi
- Kehilangan berat badan
- Terlampau banyak bersenam
- Menggunakan pil kontraseptif atau pil perancang
- Menopaus
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
Haid boleh juga lewat sebagai kesan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes yang tidak terkawal, masalah kelenjar tiroid dan menopaus yang terlalu awal.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Sekiranya anda meragui ujian kehamilan yang anda lakukan, anda boleh ke klinik atau hospital untuk dapatkan ujian lanjut untuk kehamilan. Di samping itu anda juga boleh berbincang tentang masalah sebenar yang anda alami.
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.