
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid selama 140 hari
saya wanita berumur 30an… saya mempunyai seorang anak. saya mengalami masalah tidak datang haid selama 140hari… saya mengalami sakit di bahagian kiri bawah perut dan sesekali berlaku kekejangan perut… apakah ini tanda saya ada cyst? sebab saya yakin saya tidak hamil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid.
Untuk makluman anda, selain hamil, haid tidak datang boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda tidak datang haid buat jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengetahui masalah sebenar anda. Sekiranya masalah haid anda berterusan, sila berjumpa dengan doktor di klin ik bagi mengetahui keadaan sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.