
Anonymous
5 tahun
Tidak datang haid selama 4bulan
Saya amalina berumur 25tahun. Baru berkahwin pada 20april2019. Period start date terakhir sy adalah pada 18feb2019 habis dlm 26feb. Until now. Saya belum period. Ini paling lama saya xdtg haid. Sbelum ni pernah selang 1 bulan xdtg haid. Saya dah check pregnancy test. And tak pregnant. Macamana nak atasi ye. Dan mcmana saya nk tau kesuburan saya ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Perubahan kitaran haid anda boleh berlaku akibat masalah hormon, masalah kesihatan lain atau masalah struktur rahim, ovari atau cerviks. Antara puncanya adalah:
- Keletihan
- Tekanan emosi
- Jadual harian yang sibuk
- Terlibat dengan aktiviti lasak atau kegiatan sukan yang berat
- Masalah berat badan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Penggunaan pil, suntikan perancang atau alat perancang kehamilan yang lain
- Masalah struktur rahim seperti ketumbuhan fibroid atau polip
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan lanjut tentang masalah ini agar punca sebenar dapat diketahui serta rawatan yang tepat dapat diberikan. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.