Sulit
6 tahun
Tidak datang haid selama lebih 2 bulan
Saya berumur 29 tahun. Bersalin anak pertama pada 23/06/2018. Saya hanya dapat memberi susu badan selama 4 bulan kerana kekurangan susu. Pelbagai ikhtiar sudah dibuat.
Selepas bayi 6 bulan, saya mengambil alat perancang kehamilan (suntikan) 3 bulan sekali. Sejak dari itu haid saya sudah tidak teratur. Mula mula sikit dan dalam tempoh 5 hari. Normal haid saya dalam 8 hari. Selepas itu sikit dan kurang 5 hari. Kali terakhir haid saya selam sehari dan sedikit sahaja haid.
Saya mengambil keputusan berhenti mngambil suntikan perancang (July 2019).
Selepas itu haid saya tidak datang langsung. Berat saya naik mendadak membuatkan saya cepat penat dan ingjn tidur.
Apa yang perlu saya lakukan. Saya sangat takut. Harap dapat membantu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak menentu yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan suntikan perancang - ini boleh menyebabkan ketidak-tentuan haid sehingga 3-6 bulan berhenti
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipotiroid (boleh menyebabkan susu badan kurang, berat naik dan penat)
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti durasi gejala, gejala lain dan sejarah kesihatan anda serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























