
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid selepas 39 hari keguguran
Salam doktor, sy berumur 20 thn keguguran minggu ke 8 kerana tergelincir dengan tekanan yang kuat di bahagian perut pada 6/8/2020. 7/8 darah start keluar dah. Skrng suda 39 hari tapi sy masih tdk datang haid. Lansung teda tanda2 datang haid dan lendir yang keluar pn amat sedikit. Kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kedatangan haid akan berlaku 4-6 minggu selepas mengalami keguguran. Kedatangan haid selepas keguguran juga dipengaruhi oleh pelbagai perkara seperti:
- Kaedah pengguguran (surgical/medical/mechanical abortion)
- Gangguan stress dan emosi
- Ketidakseimbangan hormon
- Pemakanan
Namun, perkara ini boleh menjadi masalah yang serius sekiranya anda tidak mengalami kedatangan haid lebih daripada 8 bulan dan anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda kerana ia boleh bermaksud beberapa perkara:
- Anda masih hamil
- Anda mempunyai kehamilan baru
- Anda mungkin menghadapi satu sindrom dinamakan sebagai Asherman’s Syndrome yang boleh mengganggu sistem ovari anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.