Sulit
6 tahun
Tidak datang haid selepas ambil suntikan perancang
Sudah setahun saya tak datang haid selepas saya ambil suntikan depo sebaik saja melahirkan anak yang keempat secara czer… Saya berumur 27 tahun… Normal ke doktor… Sebab saya sering sakit seperti nak datang haid tetapi tidak datang haid pun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang Depo-Provera® boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, haid tidak teratur adalah efek samping daripada pengambilan suntikan perancangan yang boleh anda jangkakan. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih



























