Sulit
4 tahun
Tidak datang haid selepas gugurkan kandungan 7 minggu
Salam doktor…saya wanita umur 36, 21/11/2020 saya gugurkan kandungan…dan bersih dalam 4/12/2020…dan sampai sekarang saya belum haid lagi. Saya sudah bersama suami selepas berpantang 14 hari, tapi hanya brapa kali saja. Adakah saya akan mengandung lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid lewat
- Sindrom polisistik ovari ( polycystic ovarian syndrome /PCOS)
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancang (pil/suntikan/implan)
- Hamil
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kehamilan juga boleh menjadi punca mengapa haid anda lewat. Anda perlu melakukan ujian UPT dan mengesahkannya dengan doktor untuk melihat sama ada anda hamil ataupun tidak.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda atau seseorang wanita boleh mengalami masalah haid lewat. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh merekodkan kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk rujukan atau doktor dan anda boleh melihat bentuk kitaran haid anda pada setiap bulan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.

























