
Anonymous
2 tahun
Tidak datang haid walaupun umur telah masuk ke peringkat yang sepatutnya akil baligh
Adik saya sydah masuk ke umur 18tahum pada tahun ini.tetapi dia belum lagi datang haid walaupun sekali. Boleh doctor bagi cadangan apa yang perlu dibuat dan apa sebabnya.adakah ini normal atau ada masalah kesihatan? Adakah nanti dia dapat mengandung atau tidak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketiadaan haid pada umur 18 tahun adalah sangat jarang berlaku dan hal ini boleh disebabkan:
- Penyakit genetik - seperti Sindrom Turner
- Sindrom Polisistik Ovari
- Kegagalan Ovari Pra-matang
- Sindrome Kallman - disertai dengan tidak boleh menghidu
- Sindrom Cushing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, adik anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Adik anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.