
Sulit
4 tahun
Tidak datang period 4-5 bulan, kerap stress dan rehat tidak cukup
Hai doc,saya berumur 21 tahun,last period 24/01/20,skrng 10/01/21, suda cuba prgnt tst, dan kptsn pun ngtive, ini kli prtama sy mngalami masalah period lebih dripada 4-5 bulan. Krna kbiasaanya 1 atau 2 bulan sjaa x dtg period, dan bulan strusnya di pertngahan bulan sy akan period, apa yang perlu saya lakukan? :’

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, selain kehamilan terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid pasangan anda lewat seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.