
Anonymous
5 tahun
Tidak datang period sebulan
saya remaja berumur 19 thn. saya selalunya datang haid pada 20 lebih haribulan tetapi pada bulan ni sudah 29 hb saya masih tidak datang haid. saya jujur saya pernah tidur bersama lelaki tetapi saya tidak pernah membuat hubungan seksual kerana ketika itu saya sedang datang haid. dan saya juga selalu ‘masturbate’ diri saya sendiri sehingga keluar satu cecair dari vagina saya. adakah sering melakukan perkara masturbate itu boleh menjadi punca saya tidak period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masturbasi tidak akan menganggu kitaran haid anda. Akan tetapi, hubungan seksual tanpa perlindungan (tanpa kondom) akan boleh meletakkan anda pada risiko hamil yang mana pada kehamilan anda tidak akan didatangi haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.