Sulit
4 tahun
Tidak datang period tapi tidak hamil
Saya wanita berumur 30an, mempunyai 5cahaya mata. Saya menghadapi masalah haid yang lambat setiap bulan tapi kali ini saya last period 10/6/21-17/6/2021.Sehingga sekarang saya tidak datang haid. Bila buat UPT, saya tidak hamil. Boleh doktor terangkan kenapa dan cara rawatan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, masalah berkaitan kitaran haid biasanya disebabkan oleh pencelaruan hormon yang berlaku dalam badan. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti :
- Stres
- Berat badan yang berlebihan atau berkurangan
- Aktiviti fizikal yang berat
- Penggunaan ubat perancang atau ubat hormon lain
- Masalah tiroid
- Menopause (Putus haid) awal
Ini adalah secara umum mengenai punca-punca yang boleh menyebabkan haid lewat. Kami tidak dapat memberikan anda cara rawatan yang tepat tanpa mengetahui punca sebenar masalah anda. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan nasihat. Anda boleh mendapatkan konsltasi secara atas talian bersama doktor pakar kami untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























