
nadiaharbaein
4 tahun
Tidak demam tetapi pening kepala
Saya berumur 21 tahun. Saya demam 2 hari yang lepas, tapi pagi ni demam saya dah berhenti. Badan pun dah tak panas. Tapi saya rasa pening kepala bila berdiri. Bila baring baru rasa lega. Doctor boleh suggest tak makanan yang sesuai untuk kurangkan pening kepala? Atau ada makanan yang saya perlu elakkan ketika pening kepala?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pening kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara :
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Kami perlu mengetahui apakah penyebab pening kepala ini. Jika ianya disebabkan oleh kurang darah merah maka anda perlu makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran hijau, daging merah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.