
Anonymous
5 tahun
Tidak dtg bln selama 3 bulan
saya wanita berumur 23/24thn… saya tidak datang haid selama 3bln… adakah ubat yg sye blh beli di farmasi untuk melancarkn kembali haid saya? terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid lewat atau haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid sejak februari lalu. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.