
fattygg8
5 tahun
Tidak membuang air besar
Saya wanita 20 an. Saya mendapati sejak kebelakangan ini saya tidak merasa sakit perut untuk membuang air besar. Selalunya saya akan buang air besar setiap pagi. Tetapi sudah hampir seminggu saya tidak dapat membuang air besar dengan baik. Saya tidak dapat membuang air besar kerana saya tidak merasa sakit perut dan tidak merasa apa2 yang perlu dibuangkan. Meskipun ada rasa sakit perut untuk membuang, pasti kotoran yang dibuang itu sedikit dan berbentuk cecair. Saya juga selalu membuang angin dan berbau busuk. Hal ini mungkin kerana saya tidak dapat membuang air besar dengan baik. Apakah punca nya ya doc? Dan apa jalan penyelesaian nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup
Pola makan yang kurang sihat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
- Pengaruh ubat-ubatan
Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembeli
Anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah yang berikut untuk mengurangkan masalah yang anda hadapi:
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.